Wednesday, 15 June 2016

      

 'PAK YUS DALAM KENANGAN'.. 


Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di MalaysiaBeliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam,
 Batu Pahat, KangarPerlis.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. 
Menamatkan  pengajian  diSekolah Menengah Syed Alwi,kangar.

           Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. 


      KISAH SEDIH PAK YUS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI !!!

       Yus dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya . 

"SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.


“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.



              Pak Yus seorang DERMAWAN ???

     Salah satu kisah dermawan Allahyarham Yus Jambu telah diceritakan oleh kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Perlis.

        Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian. Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri.
      Malah Allahyarham juga seringkali menderma ke tabung masjid kampung kelahirannya. Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
        PAK YUS tak pernah ungkit bab DUIT !!!

“Bayangkan setiap malam dalam tempoh dua minggu itu, kami bermain bola dan futsal setiap malam, Yus yang membayar semua duit permainan kami sama ada di gelanggang futsal dan padang termasuklah menaja jersi yang dipakai kami.
“Jika bermain futsal kami akan main sehingga dua jam, manakala jika bermain bola sepak dialah yang bayar duit sewa padang sebanyak RM300 bagi pasukan kami, dia langsung tidak berkira malah selepas bermain dia akan belanja kawan-kawan makan dan minum,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Che Mat memberitahu Allahyarham adalah seorang hamba ALLAH yang ikhlas dalam memberi kerana sepanjang perkenalan mereka sejak 2002 Allahyarham tidak pernah mengungkit mengenai duit.

Bayar bil bersalin RM2,000

      Che Mat berkata, dia tidak akan melupakan insan sebaik Yus yang pernah membantunya membayar bil hospital sebanyak RM2,000 semasa isterinya bersalin empat bulan lalu.
“Ketika itu, saya belum menerima bayaran bagi lakonan dalam sebuah rancangan. Selepas menerima bayaran, saya terus menghubunginya untuk melunaskan hutang saya dengan Yus, tetapi Yus enggan terima dan menganggap bayaran itu sebagai sedekah kepada anak saya.
“Isteri saya sendiri sangat terharu dan kami menangis sebaik sahaja mendapat tahu dia sudah tiada,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Raja Lawak pada 2007.


             "biar aku menangis sambil berlari 
                             dalam hujan"...

“Yus ini insan yang sanggup susah demi orang lain. Antara ayat yang selalu keluar daripada mulutnya ialah ‘biar aku menangis sambil berlari dalam hujan’. Ayat itu saya akan ingat sampai bila-bila.

"Disebabkan kehidupannya pernah susah sebelum ini, maka dia tidak mahu orang lain menempuh perkara yang sama seperti dia lalui,” ujarnya.
 Pon berkata, Yus merupakan seorang artis yang hebat, bukan sahaja pelawak, pelakon,  berkemahiran menari, bermain pelbagai jenis alat muzik, malah Yus adalah insan pemurah  yang sukar dicari.

   Bercerita lanjut, Pon memberitahu, Yus seorang insan yang tidak mahu rakan-rakannya susah, malah apabila berkunjung ke rumahnya di Selayang, dia mahu rakan-rakan tidur di rumahnya dan mengajak tinggal bersamanya tanpa perlu membayar sewa.

“Yus kata, kalau dia dah kahwin pun dia akan menyediakan sebuah bilik untuk rakan-rakannya lepak dan tidur, dia kata, dia hanya akan mencari calon isteri yang memahami cara hidupnya.

“Namun ALLAH lebih sayangkan Yus, dia pergi meninggalkan kenangan yang tak mungkin saya dan rakan-rakan lain lupa,” katanya.



KATA-KATA 
TERAKHIR ARWAH 
PAK YUS JAMBU ...

Pesanan Terakhir Dari Yus Buat Misha Omar Begitu Terasa"Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya." itulah kata-kata terakhir yang merupakan pesanan terakhir pelawak Allahyarham Yussry Edoo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada rakan sekumpulannya di dalam Juara Parodi iaitu Misha Omar.



Kata terakhir Pak Yus kepada Rita Rudaini "Aku tak suka buat lawak kalau nak jatuh MARUAH hang Rita ".

"AKU INGAT LAGI MASA AKU PERFORM UNTUK ANUGERAH SKRIN DULU ATAS STAGE SEBAGAI PUTERI ANATASIA…ESOK NYA YUIH KOL AKU..DIA CKP ‘HANG OK KA ORANG BUAT LAWAK PASAL RUMAHTANGGA HANG? AKU XSUKA ORG BUAT HANG MCM NI..AKU XSUKA ORG BUAT LAWAK BUAT MAIN2 PASAL RUMAHTANGGA HANG’ ..AKU JWB ‘NAK BUAT MCM MANA,AKU TERIMA JA LAH,AKU PON XSANGKA JUGAK’ LPS TU DIA CKP ‘AKU XSUKA LAWAK YG MENJATUHKN MARUAH ORANG LAIN’. ITU LAH PAK YUIH..DIA XKAN MENGATA ORANG..DIA MEMANG HAMBA ALLAH YG BAIK..BANYAK LAGI KEBAIKAN DIA HANYA ALLAH SAJA YG TAU APA KEBAIKAN DAN SUMBANGAN DIA PADA ORANG LAIN ".


             Punca Kematian Pak Yus Jambu ..

     Punca Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 N0vember 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di H0spital Selayang akibat sesak nafas. 
   
    Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang kerumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi Program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 N0vember 2015.


    Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis kira-kira jam 2.30 petang .
       Allahyarham Yus, 39, sebelum itu tiba di kampung halamannya sekitar jam 11.45 pagi sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam.
    Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi untuk menantikan ketibaan jenazah.



REHATLAH DENGAN TENANG
 WAHAI MANUSIA YANG BERHATI MULIA 








No comments:

Post a Comment